Malam yang hening, dia sedang leka melakukan kerja-kerja sekolah yang bertimbun sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
Dengan semangat juang yang tinggi, dia menyiapkan juga tugasannya. Sesekali dia menguap, sesekali dia bernyanyi kecil dan sesekali juga dia mengurut-urut kepalanya.
"Patutlah aku rasa macam katil memanggil-manggil, rupanya dah nak masuk pagi" Syazani Syazlyn berkata sendirian.
"Itulah lain kali kalau ada kerja jangan nak kumpul buat jadi bukit. Diri sendiri juga yang susah" Gumamnya lagi.
Syazani Syazlyn sudah berjalan menghampiri katil kesayangannya, niat hanya satu iaitu dia ingin tidur dan melupakan segala keletihan yang ada pada dirinya. Dia ingin melayari mimpi indah walaupun dia tahu tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk dia ke sekolah.
Jam sudah menunujukkan pukul 6.45 pagi.
"Mak, tolong gosokkan baju Sya boleh ? " Sya bertanya Puan Hasnah.
"Itulah banyak kali dah mak pesan, gosok baju tu dari malam. Ini tak, buat sambil lewa je. Tengok bila dah lambat macam ni, semuanya kelam-kabut. Mak juga yang dicarinya" Puan Hasnah meleteri anaknya.
"Manalah Sya tahu terlewat bangun pagi ni mak. Kalau Sya tahu malam tadi dah Sya buat semuanya tau" balas Sya sambil tersengih.
"Dah berbulu telinga mak dengar kamu cakap macam tu tau. Macam la mak tak kenal perangai kamu tu Sya oi. Sudah! pergi siap cepat, nanti kawan kamu tu tunggu lagi"
Sya segera memakai tudung dan terus mencium tangan Puan Hasnah dan Encik Hamid. Ada masa 10minit sahaja lagi untuk dia sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Hidni dan Nurish telah menunggunya.
"Maaf lambat. Nampaknya hari ni kita 'merempit' lagi la" kata Sya.
Hidni menghampiri Sya lalu naik ke tempat pembonceng. Nurish pula sudah bersiap sedia di atas motornya. Kami pun pergi meninggalkan kawasan perumahan untuk menimba ilmu buat masa hadapan.
****
"Hoi , apa yang kau sengih sorang-sorang tu?" sergah Hidni. Pelik dengan perangai kawannya seorang ni, dari tadi lagi dia tengok sya macam orang tengah mengalamun jauh je lagaknya.
"Hish, kau ni buat terkejut aku je. Nasib baik aku ni bukannya tergolong dalam 'mak latah' tau. Karang tak pasal-pasal tumbang kau kat sini" marah Syazani.
"Takde lah aku bukan apa, dari jauh lagi aku dah nampak kau duk senyum sorang-sorang. Dapat buah hati baru ke? Hehehe .. "
"Wah, suka kau kan. Buah hati baru apa, yang satu pun tak terjaga ini kan nak ada yang baru. Mintak (minta) simpanglah. Aku cuma teringatkan kenangan kita-kita dulu, rindu rasanya "
Syazani memandang Hidni yang sedang bermain Galaxy Tab. Huh ! orang tengah bercakap dengan dia, dia boleh sibuk layan handphone. Gumam Syazani dalam hati. Lantas Syazani mengambil handphone di tangan Hidni untuk melihat apa yang di sibukkannya dari tadi.
" Ceh ! Patutlah dari tadi duk belek je fon ni. Rupanya.... " kata Syazani.
" Apa rupanya-rupanya, kau jangan nak tafsir bukan-bukan eyh. Aku kawan je dengan dia, saja nak meluangkan masa yang terbuang ni. Hehehe.. " kata Hidni sambil mempamerkan barisan giginya.
" Siapa pula kali ni? Kau memang tak makan saman kan. Dah berbuih mulut aku beri nasihat tapi tak jalan-jalan juga. Ke kau nak aku basuh otak kau guna berus dawai "
" Kau memang kan, langsung tak nak support aku. Jauh hati aku "
" Bagus la kalau jauh, takde la kau asyik nak mainkan hati orang je " kata Syazani selamba.
" Sentap aku tau " Hidni berkata sambil memalingkan mukanya.
Hidni terasa dengan kata-kata Syazani tetapi dia tahu Syazani tidak bermaksud untuk berkata begitu, dia cuma mahu menasihati Hidni sahaja. Syazani pun tahu akan sebab-sebab dia menjadi begini. Tiba-tiba mereka terkejut dengan kedatangan Nurish.
" Korang, maaf lambat. Penatnya aku ! Meh air sikit " Nurish terus mengambil air Hidni yang berada di hadapannya. Nurish kelihatan seperti orang baru lepas lari marathon je.
" Kau ni kenapa, macam tak cukup tanah je lari ? " tanya Hidni
" Tadi tu .. Aku jumpa .. " Nurish tarik nafas dan hembus , dia mengulangi perbuatannya itu sementara Hidni dan Syazani menunggu untuk Nurish melanjutkan bicaranya.
" Aku jumpa mamat perasan bagus tu dengan kawan kita dulu. Apa namanya, alahai aku lupa lah " Nurish memerah otaknya untuk mengingati nama rakan sekolah mereka dahulu. Pelbagai aksi muka yang dipaparkan Nurish kepada teman-temannya itu.
" Siapa ? " tanya Syazani dan Hidni serentak.
" Haa ! Aku ingat, tapi kalau aku cakap korang jangan terkejut eyh. Em.. Em.. Aku nampak dia dengan .. Em dengan .. " Nurish sengaja membuat mereka berdua menunggu.
" Dengan siapa ? " bentak Syazani. Geram dengan sikap Nurish yang saja nak main-mainkan mereka berdua.
" Opocot mak kau ! Eh , silap-silap takkan mak kau pula kan. Hehehe .. " Nurish menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang Syazani yang sudah menampakkan tahap kesabarannya semakin menipis.
" Dia dengan Marina " kata Nurish perlahan. Gaya patah hati je gamaknya.
" Impossible ! " temannya yang berdua itu berkata serentak. Masing-masing membuat spekulasi sendiri. Mereke berkata dalam hati sendiri. Ada apa-apa ke mereke tu? Kenapa Marina? Takkan diorang kekasih kot. Mereka masih diam tanpa kata-kata sehingga mereka tidak sedar bahawa ada yang memerhati gerak-geri mereka di situ.