- Twitter -

CERPEN : KEHILANGAN III




Marlisa Adriana berasa pelik apabila neneknya  menyuruh dia keluar bersama maksu. Katanya ada barang yang perlu di beli, hujung bulan ni ada majlis bertunang. Siapa yang bertunang? Adriana tertanya-tanya. Kelihatan sepupunya gembira benar, macam dia je yang nak bertunang tapi umur baru setahun jagung, duit pun minta pada ibu lagi.


“Kak Ad, apa yang akak menungkan tu! Cepatlah siap, kita dah nak keluar ni” sergah Kasih.

“Apa ni Kasih, main sergah-sergah pula. Nasib baik la akak takde sakit jantung, kalau tak ICU la nampaknya” Adriana siap letak dua jari di matanya dan di tuju kepada Kasih. Dia terus menuju ke bilik untuk bersiap.

Terkekeh Kasih ketawa. Eh, mana boleh dia biarkan Adriana masuk ICU, mahu gila cik abang dekat Kuantan tu. Kasih berkata dalam hati.

“Ok jom! Kita nak ke mana sebenarnya Kasih?” tanya Adriana.

“Kita pergi shopping” jerit Kasih seraya ketawa.

Ibu Kasih sudah lama menunggu mereka di dalam kereta. Mereka terus bergerak ke Sutera Mall di Skudai, Johor. Sampai saja di shopping mall, Puan Aida terus saja mengajaknya ke kedai barang kemas. Walaupun terkejut dia tetap mengikuti langkah ibu saudaranya. Kasih yang dari tadi di sisinya, entah hilang ke mana. Dia hanya berdiri di depan kedai De Gem. Dia hendak bertanya tapi tidak terluah, dia hanya melihat ibu saudaranya memasuki kedai itu.

“Jomlah masuk Kak Ad” kata Kasih sambil menarik tangan Adriana.

“Kus semangat. Ya Allah, Kasih ! Selalu buat Kak Ad terperanjat tau” marah Adriana lantas menampar bahu Kasih. Bukan main terkejut lagi Adriana tadi, dia ingatkan siapa la yang berani main sentuh-sentuh ni.
Kasih di sebelah hanya tergelak. Dia mengambil tempat di sebelah Adriana.

“Ad boleh tolong maksu pilih tak yang mana cantik. Maksu tak pandai la” kata Puan Aida. Kalau boleh dia mahu Adriana memilih sendiri cincin tunangnya. Bakal tunang Adriana telah menyediakan duit bagi membeli cincin ini, mengikut apa yang di katakan kakaknya tempoh hari la.

“Kenapa Ad yang kena pilih pula maksu?” tanya Adriana pelik. Dia mengangkat keningnya kepada Kasih untuk bertanyakan hal yang sama.

“Alaa Kak Ad, pilih je lah. Biasanya cita rasa orang muda ni lain sikit, cincin ni untuk bakal tunang Abang Man, dia nak buat surprise gitu. Disebabkan Kak Ad dengan bakal tunang Abang Man tu sama baya dan saiz jari pun lebih kurang je tu yang kasih dan ibu ajak akak temankan kitaorang” jawab Kasih. Dia harap sangat Adriana tidak akan bertanya lanjut. Dia lega bila Adriana hanya diam dan terus memilih cincin yang berkenan di hatinya. Dalam hati Kasih berkata, ya ya je saiz jari lebih kurang, kekasih pun Abang Man takde. Kasih gelak jahat dalam hati.

Setelah selesai membeli cincin dan beberapa pasang baju untuk kenduri tersebut, mereka terus pulang ke rumah. Adriana masih tertanya-tanya siapa yang nak bertunang sehinggakan dia perlu membeli semua barang ini. Tiba-tiba dia jadi rindu pada Amir, rasanya dah hampir sebulan dia tidak menghubungi lelaki itu. Hmm! Biarlah, dia pun tak cari aku. Bisik Adriana dalam hati.

*****

Amir Danish resah sendirian, dia takut jika Adriana tidak dapat menerimanya lagi. Dia tahu hati kekasihnya itu sukar di duga, mulut kata ok tapi hati lain pula rentaknya. Kusut dia fikirkan semua itu, dia berharap agar semuanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh Yang Maha Esa. Hari ini sepatutnya dia bertolak ke Johor untuk menemui Adriana tetapi dia masih lagi berbaring di rumah. Dia terdengar suara Hakimi menegurnya.

Eh bila masa pulak mamat ni duduk sebelah aku. Kata Amir dalam hati.

“Hoi, kata nak pergi pujuk Adriana. Ini apehal terbongkang lagi, habis la Adriana kena kebas orang” gurau Hakimi.

“Amboi jahat betul mulut kau. Suka sangat ke kalau aku kehilangan dia” tanya Amir, tidak puas hati dengan gurauan Hakimi. Agak-agak la beb, orang tengah resah gelisah ni. Dia boleh buat lawak yang rasanya tak berapa nak cerdik tu.

“Haha... Dah kau tu macam tak beria je nak dekat dia, sepatutnya kau dah bertolak pergi sana tau. Bukan duk termenung kat sini. Lainlah bila kau termenung, tup tup kau dah ada kat sana. Ada juga la manfaatnya kan”.

“Aku risau la Kimi” keluh Amir.

“Apa yang nak di risaukan, kau tak cuba lagi kau dah fikir itu ini. Come on bro, be gentlemen. Kejar sebelum dia lari lagi jauh, try to win her heart back. You’re lucky because your get her parents trusted” nasihat Hakimi.

Thanks Kimi, kau memang sahabat aku dunia akhirat. Kau selalu ada dengan aku bila aku susah. Kau je lah yang berani tegur salah aku” luah Amir.

My pleasure Mir. Susah kau, susah aku juga. Ingat tu !” kata Hakimi sambil tersenyum.

Amir sangat menghargai sahabatnya itu. Dia tidak sangka yang Hakimi sangat mengambil tentang dirinya.

“Ok lah, aku rasa aku perlu gerak sekarang. Aku boleh jadi gila kalau tak jumpa separuh lagi hati aku” gurau Amir sambil memegang dadanya.

“Ceh ! Drama je lebih. Make sure you're not dreaming while driving. Drive carefully Mir. Jangan lupa bagitahu aku good news ok” lantas Hakimi menaikkan ibu jarinya.

Amir hanya memberi senyuman dan terus beredar dari rumahnya. Dalam hati dia berdoa lagi agar semuanya di permudahkan.

*****

Marlisa Adriana duduk bersendirian di dalam bilik. Buat sekian kalinya dia membaca mesej yang dihantar oleh Amir Danish.

Ria, I'm sorry I've made ​​your heart hurt. Saya nak awak dengar lagu ni (Firman-Kehilangan) Saya tak nak kehilangan awak, Ria. Saya akan buktikannya. You mean to me.

Marlisa mengeluh, bukan dia mahu meninggalkan lelaki itu. Dia cuma perlukan ketenangan. Sudah banyak kali dia mendengar lagu Firman itu, maksud liriknya sama seperti apa yang dia hadapi sekarang. Dia terkejut apabila Kasih menepuk bahunya. Jauh sungguh dia berkhayal sampai Kasih masuk pun tak sedar. Hati Adriana berkata.

“Kak Ad, ada orang datang nak jumpa akak” beritahu Kasih.

“Siapa?” Tanya Adriana sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Entah la, Kasih lupa pula nak tanya nama dia. Pergi la turun cepat nanti lama pula tetamu tu tunggu” Kasih terus berlalu ke ruang tamu selepas menghabiskan kata-katanya.

Siapa la yang datang melawat aku. Sungguh pelik. Tanya Adriana dalam hati. Kakinya dihayun menuju ke ruang tamu, boleh tahan laju juga dia jalan. Excited sangat nak tahu siapa tetamu yang di maksudkan Kasih tadi. Dia terus kaget tatkala melihat susuk tubuh seorang lelaki di hadapan matanya kini. Lidahnya kelu, jantungnya berlari laju. Dia perlukan oksigen, dia tidak suka perasaan yang hadir tatkala ini. Dia berharap itu hanya khayalannya saja.

“Ria...” tegur Amir apabila melihat Adriana kaku di belakangnya tadi. Terkejut sangat ke nampak aku. Bisik Amir dalam hati.

Adriana tersedar dari khayalannya. Perasaan malu jangan cakap la, dia rasa macam nak lari sekarang juga.

“Err.. Ir..?” tiba-tiba Adriana menjadi gagap. Tidak tahu apa yang patut dia cakap. Waktu macam ni pula otak dia lambat proses, langsung taknak bekerjasama dengan tuan badan.

Melihat keadaan Adriana yang blur, Amir segera menghampiri gadis itu.

“Ria, boleh kita cakap sekejap. Ada hal penting yang saya nak sampaikan” kata Amir.

About what?” tanya Adriana resah. Macam-macam perkara yang dia fikirkan. Nak mengakhirkan hubungan ke? Oh, tidak ! dia tak sanggup. Jerit hati Adriana.

About us. Can we move now?” jawab Amir lalu berjalan keluar.

Mahu atau tidak, Adriana akur juga. Dia lihat Amir sedang menunggunya di dalam kereta. Tanpa banyak bicara dia mengambil tempat di sebelah Amir dan kereta mereka mula bergerak ke suatu destinasi yang Adriana tidak ketahui. Suasana di dalam kereta sepi sehingga lah sampai di Pantai Tambak, Pontian. Amir terus keluar dari kereta sebelum Adriana sempat bertanya apa-apa.

What? Dah la ajak aku keluar tapi sepatah pun dia tak cakap dengan aku, pandang aku pun tak. Siapa patut marah siapa ni? Huh! Adriana berkata sendirian. Dia turut mengikuti langkah Amir yang mengambil tempat di atas benteng. Amir yang duduk di sebelahnya di pandang, wajah itu nampak tenang sahaja tapi dalam hati siapa tahu kan.

“Ria, saya minta maaf atas semua kesalahan saya terhadap awak. Buat awak kecewa, terluka, terseksa dalam diam” luah Amir.

“Kenapa sekarang?” Adriana sengaja mahu menduga lelaki itu.

“Saya baru sedar yang saya tak boleh berjauhan dari awak sebab separuh lagi hati saya ada pada awak. I need you be on my side” terang Amir lagi.

“Mudahnya awak berkata-kata, kan? Tapi yang rasa sakitnya saya, bukan awak” tukas Adriana. Hatinya tiba-tiba rasa ingin marah.

“Ya, saya tahu Ria. Saya juga merasa kesakitan bila awak pergi macam tu je, waktu tu baru saya faham apa yang awak rasa selama ni. Terlalu sakit bagi awak tapi sekarang saya datang untuk tebus semua kesedihan awak. I will not let you alone again” kata Amir bersungguh-sungguh.

“Bukan semudah itu, Ir” Adriana mengeluh.

“4 tahun saya pendam semuanya, terlalu berat bagi saya. Awak ada tapi kadang-kadang saya rasa awak macam jauh sangat dari saya. Saya boleh faham dan saya cuba fahami awak tapi pernah tak awak cuba fahami saya, isi hati saya” sambung Adriana. Sebenarnya banyak perkara yang ingin dia katakan tapi biarlah hanya dia sorang saja yang tahu. Dia dah malas nak fikir pasal ni semua, dia dah penat. Terlalu penat! Dia sayangkan Amir tapi dia juga tidak sanggup untuk membiarkan hatinya lebih terluka.

Adriana melayan perasaan sedihnya sendirian manakala Amir pula sibuk memikirkan kata-kata yang sesuai untuk memberitahu gadis itu. Setelah sekian lama menyepi Amir bersuara.

“Kita kahwin Ria. Saya betul-betul maksudkannya” kata Amir jujur.

What? Am I dreaming? Dah la saya terkejut bila nampak awak datang sini dan sekarang awak boleh ajak saya kahwin macam tu je. Awak ingat saya akan ok dengan semua ni, haa ?” tanya Adriana bertubi-tubi. Mana tidaknya, apa yang dia fikirkan tadi langsung tidak sama. Namun dalam hatinya terselit rasa bahagia. Inilah saat yang di tunggu-tunggu tapi timing macam tak betul je. Ada ke ajak kahwin masa tengah ‘panas’ macam ni. Spoil!

“Marlisa Adriana Binti Latif, sudikah awak berkongsi hidup dengan saya hingga ke akhir hayat?” Amir menyua sekotak cincin kepada Adriana. Dia berharap sangat Adriana mengambilnya.

“Saya.. Emm saya tak tahu nak cakap macam mana. Wait for a minute”  kata Adriana.

Setelah sepuluh minit Adriana berfikir itu ini, tentang masa depannya, tentang hubungannya ini. Dia nekad dengan keputusan yang akan di ambil. Adriana menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.

“Saya sudi. Yes, I do” putus Adriana seraya tersenyum. Dia merasakan ini keputusan yang terbaik buat dirinya. Dia tidak mahu memanjangkan lagi permasalahan mereka. Kesanggupan Amir mencarinya hingga ke kampung sudah cukup membuktikan yang dia berharga di mata Amir.

“Syukur, Alhamdulillah. Kalau macam tu majlis pertunangan kita esok akan di teruskan dan kita cuma ada masa sebulan saja untuk prepare majlis kahwin kita” kata Amir seraya tersengih. Malu juga dia, nampak macam gelojoh sangat.

What? So maknanya awak memang dah rancang semua ni dari awal la ya. Patut la orang-orang kat rumah semua sibuk semacam je, rupanya majlis sendiri. Cup! Means ibu dan ayah saya tahu la ya? ”

Yup. Maaflah saya buat semua ni tanpa pengetahuan awak. Saya jumpa mereka sebab saya taknak kehilangan awak, Ria”

“Apa lagi yang patut saya cakap kalau ibu ayah pun dah setuju. Terima kasih sebab buat semua ni untuk saya. Awak takkan biarkan saya lalui hari-hari saya sendiri lagi kan?” tanya Adriana.

“Ya sayang. Saya takkan ulangi kesilapan yang pernah saya buat. Saya janji selagi saya hidup saya akan membahagiakan awak di sisi saya, InsyaAllah jika di izinkan Tuhan. Saya sayangkan awak, Ria” kata Amir tulus.

“Kita sama-sama akan cuba bina rumah tangga yang bahagia, Ir. Saya rasa kita perlu balik, mesti orang dalam rumah saya risau sebab boleh tahan lama juga kita keluar” Adriana cuba mengajak Amir balik. Biarlah, rasanya dia tidak perlu membalas kata-kata sayang yang Amir beri. Adriana terus bangun dan melangkah pergi ke kereta.

Amir hanya memerhati, dia tersenyum sendirian. Dia bersyukur sangat apa yang dia rancang berjalan dengan baik. Dalam hati dia berdoa agar kebahagiaan milik mereka berdua dan jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Dia melangkah dengan hati yang gembira, tidak sabar rasanya hendak memberitahu berita gembira ini pada kedua ibu bapa Adriana dan sahabat baiknya. Dia bertekad akan berubah untuk kehidupannya akan datang. Sesungguhnya dia bersyukur pada Yang Maha Esa.

-TAMAT-