Marlisa Adriana
seorang yang peramah. Ramai kenalan tetapi Amir Danish tetap menjadi pilihan
hatinya. Sudah hampir 4 tahun mereka menyulam cinta yang kadang-kala tenggelam
timbul. Mereka jarang berjumpa walaupun tempat tinggal mereka tidak lah berbatu-batu
jauhnya. Dia juga cukup sabar melayani sikap kekasihnya itu yang sukar
dijangka. Orang kata adat percintaan mesti ada liku-liku kepahitan.
Amir Danish seorang
lelaki yang kacak dan bergaya, merupakan Pengarah Urusan di tempatnya bekerja.
Peminat tak payah cakap la , berduyun-duyun tetapi hatinya hanya ada nama
Marlisa Adriana seorang. Kehadiran gadis itu dalam hidupnya sangat di hargai
tetapi dia tidak pandai hendak menunjukkan betapa pentingnya gadis itu. Dia
tidak pandai berkata-kata dan juga kurang arif
hal yang berkaitan dengan hati kerna itulah hati Adriana sering di sakiti.
*****
“Ir, awak kat mana
? Hari ini kan awak cuti. Lama dah kita tak keluar sama-sama” rungut Adriana.
“Sorry sayang, I’m tired. Lain kali lah kita keluar ok?” Balas Amir dengan suara
yang perlahan. Geram apabila ada orang mengganggu tidurnya.
“Dah pukul 2 petang
Ir! Awak masih tidur? Mesti balik lewat lagi ni kan” gumam Adriana.
“Ria, please! Awak tahukan saya tak suka nak
cakap benda yang sama dua tiga kali. Next
time kita keluar la. Saya nak rehat hari ni” bentak Amir tetapi masih dalam
nada suara yang rendah. Dia tidak mahu kekasih hatinya itu berkecil hati.
“Ok. It’s up to you, Ir. Saya dah terlalu
faham sangat, ini bukan kali pertama. Pergilah sambung tidur awak balik. Maaf
la saya ganggu. Assalamualaikum.” Adriana terus sahaja mematikan panggilan
selepas menghabiskan ayat terakhirnya.
“Sayang… hmm” Amir
mengeluh. Dia tahu hati Adriana kecewa buat kesekian kalinya. Salam Adriana
hanya dijawab dalam hati sahaja. Malas memikirkan rajuk sang kekasih hati Amir
menyambung tidurnya yang terganggu tadi.
Hakimi yang berada
dalam bilik hanya mampu menggeleng dengan perangai temannya itu. Bukan dia
tidak tahu Amir sangat menyayangi Adriana tetapi kadang-kala ego mengatasi segala-galanya.
Dia bukan sengaja hendak mendengar perbualan mereka tetapi sudah alang-alang
dia hendak mengambil buku di dalam bilik itu apa salahnya kalau dia curi-curi
dengar sekali. Lagi pun Amir bukan sedar kehadirannya di situ. Amir, Amir… Jangan kau gigit jari kemudian
hari sudah la. Hakimi berkata dalam hati, lalu keluar dari blik itu.
Adriana bersandar
di kerusi yang terletak di sekitar Pantai Sepat. Waktu begini memang tidak
ramai pengunjung, waktu orang sibuk mencari rezeki jadi tidak hairanlah
kebanyakkannya hanya remaja lepak disini. Adriana menghembus nafas yang sesak
di dada. Dia runsing memikirkan hubungannya dengan Amir yang sering bergelora,
walaupun sebenarnya bukanlah masalah yang besar tetapi sikap sambil lewa Amir
itu membuatkan Adriana rasa tidak penting disisi lelaki itu. Sedang leka
melayani perasaan dia terkejut apabila di sapa oleh orang yang tidak di
kenalinya.
“Hai, seorang je
ke?” tanya lelaki itu seraya tersenyum.
Adriana bingkas
bangun untuk beredar namun jejaka itu menahannya. Dia merengus geram kerana
tidak suka diperlakukan begitu.
“Maaf la, saya
bukannya sengaja hendak mengganggu awak. Saya hanya mahu bertegur sapa, bukan
apa dari tadi lagi saya dengar awak mengeluh sorang-sorang jadi mana tahu saya
boleh bantu awak kalau awak ada masalah” kata lelaki itu degan tulus.
“Saya tak ada masalah
dan awak tak perlu susah-susah memikirkan tentang keluhan saya tu” jawab
Adriana
.
“Oh, ok la kalau
awak dah cakap macam tu kan. By the way,
nama saya Muslim. Itu pun kalau awak nak tahu la” sambil tersenyum Muslim
sengaja memperkenalkan dirinya, manalah tahu boleh jadi kawan. Dia pun sudah
lama ‘menduda’.
“Sorry, saya tak banyak masa nak
kenal-kenal ni. Lagi pun saya tak berminat nak kenal dengan awak” selepas habis
berkata Adriana terus pergi dari situ. Dia perlukan ketenangan bukannya seorang
teman yang tidak di kenalinya itu. Baru sahaja Adriana ingin melangkah ke
kerusi yang kosong tiba-tiba dia terjatuh akibat tersandung akar pokok.
“Aduhai, macam
manalah aku tak boleh nampak akar tu, nak kata kecil bukan main besar lagi.
Hish!” gumam Adriana. Fikirnya nasib baiklah tiada siapa melihat dia tersungkur
tadi tapi sangkaannya meleset.
“Awak tangkap apa
tu?” kata Muslim sambil menyembunyikan ketawanya.
Hendak terburai
tawanya apabila gadis itu menjeling tajam. Sungguh dia tidak sangka, ingatkan
siapa la yang terjatuh. Apabila dia menghampiri rupa-rupanya gadis yang sama
dia lihat tadi. Melihat gadis itu berjalan dengan payah, timbul pula rasa
kasihan di hati Muslim tetapi dia ingin melihat sejauh mana gadis itu dapat
menahan keegoannya.
“Nah, ambil minyak
angin ni. Sapu dekat kaki awak, karang makin bengkak pula. Lagi susah awak nak
berjalan, ke awak nak saya dukung awak? Hehe..” Muslim menghulur botol tersebut
kepada gadis itu. Dia suka melihat muka gadis itu bila marah, kelihatan comel
sangat.
Dalam keterpaksaan
Adriana mengambil juga minyak angin di tangan Muslim. Tengah sakit macam ni
takkan nak buat sombong lagi kan.
“Terima kasih” kata
Adriana sambil tersenyum.
Muslim terpegun
melihat senyuman itu yang jelas menampakkan kedua-dua belah lesung pipit si
dia.
“Err.. Sama-sama. Kecik punya hal lah”
“Saya Marlisa
Adriana. Itu pun kalau awak nak tahu lah” Adriana berkata seperti mana Muslim
memperkenalkan dirinya tadi.
“Eh, saya tak tanya
pun” Muslim sengaja mahu bergurau.
“Saya bagi tahu
supaya awak tak sibuk-sibuk nak tanya saya nanti” jawab Adriana selamba dengan
muka yang geram.
Huh! Menyesal aku
bagitahu. Rasa macam nak ketuk-ketuk je mamat ni. Gumam Adriana dalam hati.
“Haha.. Relaks la, just kidding. Saya cuma nak menceriakan
suasana yang suram ni. Muka awak pun macam mendung je. Sharing is caring” balas Muslim seraya duduk di sebelah Adriana
tetapi dekat jarak yang jauh tau! Kalau dekat-dekat karang takut kena backhand pula.
Adriana hanya
senyum mendengar kata-kata Muslim. Mereka mula mengenali antara satu sama lain.
Adriana mula senang dengan kehadiran Muslim, nyata lelaki itu merupakan
pendengar dan penasihat yang baik. Dia rasa segala kekusutan hilang begitu
sahaja. Muslim pula merasakan Adriana seorang kawan yang mudah di ajak
bersembang kalau kena dengan caranya. Mengenali Adriana membuat dia teringatkan
seseorang yang pernah dia kenali suatu ketika dahulu.
bersambung…..


2 comments:
ni kisah aritu kan? ptambahan yang menarik. hehe. cepat la buat sambungan.. xsabar nie!! haha
Aah yang hari tu punya. Haha yela wak. tunggu....
Post a Comment