- Twitter -

CERPEN : KEHILANGAN I




Marlisa Adriana seorang yang peramah. Ramai kenalan tetapi Amir Danish tetap menjadi pilihan hatinya. Sudah hampir 4 tahun mereka menyulam cinta yang kadang-kala tenggelam timbul. Mereka jarang berjumpa walaupun tempat tinggal mereka tidak lah berbatu-batu jauhnya. Dia juga cukup sabar melayani sikap kekasihnya itu yang sukar dijangka. Orang kata adat percintaan mesti ada liku-liku kepahitan.

Amir Danish seorang lelaki yang kacak dan bergaya, merupakan Pengarah Urusan di tempatnya bekerja. Peminat tak payah cakap la , berduyun-duyun tetapi hatinya hanya ada nama Marlisa Adriana seorang. Kehadiran gadis itu dalam hidupnya sangat di hargai tetapi dia tidak pandai hendak menunjukkan betapa pentingnya gadis itu. Dia tidak pandai berkata-kata dan juga kurang arif  hal yang berkaitan dengan hati kerna itulah hati Adriana sering di sakiti.

*****

“Ir, awak kat mana ? Hari ini kan awak cuti. Lama dah kita tak keluar sama-sama” rungut Adriana.

Sorry sayang, I’m tired. Lain kali lah kita keluar ok?” Balas Amir dengan suara yang perlahan. Geram apabila ada orang mengganggu tidurnya.

“Dah pukul 2 petang Ir! Awak masih tidur? Mesti balik lewat lagi ni kan” gumam Adriana.

“Ria, please! Awak tahukan saya tak suka nak cakap benda yang sama dua tiga kali. Next time kita keluar la. Saya nak rehat hari ni” bentak Amir tetapi masih dalam nada suara yang rendah. Dia tidak mahu kekasih hatinya itu berkecil hati.

“Ok. It’s up to you, Ir. Saya dah terlalu faham sangat, ini bukan kali pertama. Pergilah sambung tidur awak balik. Maaf la saya ganggu. Assalamualaikum.” Adriana terus sahaja mematikan panggilan selepas menghabiskan ayat terakhirnya.

“Sayang… hmm” Amir mengeluh. Dia tahu hati Adriana kecewa buat kesekian kalinya. Salam Adriana hanya dijawab dalam hati sahaja. Malas memikirkan rajuk sang kekasih hati Amir menyambung tidurnya yang terganggu tadi.

Hakimi yang berada dalam bilik hanya mampu menggeleng dengan perangai temannya itu. Bukan dia tidak tahu Amir sangat menyayangi Adriana tetapi kadang-kala ego mengatasi segala-galanya. Dia bukan sengaja hendak mendengar perbualan mereka tetapi sudah alang-alang dia hendak mengambil buku di dalam bilik itu apa salahnya kalau dia curi-curi dengar sekali. Lagi pun Amir bukan sedar kehadirannya di situ. Amir, Amir… Jangan kau gigit jari kemudian hari sudah la. Hakimi berkata dalam hati, lalu keluar dari blik itu.




Adriana bersandar di kerusi yang terletak di sekitar Pantai Sepat. Waktu begini memang tidak ramai pengunjung, waktu orang sibuk mencari rezeki jadi tidak hairanlah kebanyakkannya hanya remaja lepak disini. Adriana menghembus nafas yang sesak di dada. Dia runsing memikirkan hubungannya dengan Amir yang sering bergelora, walaupun sebenarnya bukanlah masalah yang besar tetapi sikap sambil lewa Amir itu membuatkan Adriana rasa tidak penting disisi lelaki itu. Sedang leka melayani perasaan dia terkejut apabila di sapa oleh orang yang tidak di kenalinya.

“Hai, seorang je ke?” tanya lelaki itu seraya tersenyum.

Adriana bingkas bangun untuk beredar namun jejaka itu menahannya. Dia merengus geram kerana tidak suka diperlakukan begitu.

“Maaf la, saya bukannya sengaja hendak mengganggu awak. Saya hanya mahu bertegur sapa, bukan apa dari tadi lagi saya dengar awak mengeluh sorang-sorang jadi mana tahu saya boleh bantu awak kalau awak ada masalah” kata lelaki itu degan tulus.

“Saya tak ada masalah dan awak tak perlu susah-susah memikirkan tentang keluhan saya tu” jawab Adriana
.
“Oh, ok la kalau awak dah cakap macam tu kan. By the way, nama saya Muslim. Itu pun kalau awak nak tahu la” sambil tersenyum Muslim sengaja memperkenalkan dirinya, manalah tahu boleh jadi kawan. Dia pun sudah lama ‘menduda’.

Sorry, saya tak banyak masa nak kenal-kenal ni. Lagi pun saya tak berminat nak kenal dengan awak” selepas habis berkata Adriana terus pergi dari situ. Dia perlukan ketenangan bukannya seorang teman yang tidak di kenalinya itu. Baru sahaja Adriana ingin melangkah ke kerusi yang kosong tiba-tiba dia terjatuh akibat tersandung akar pokok.

“Aduhai, macam manalah aku tak boleh nampak akar tu, nak kata kecil bukan main besar lagi. Hish!” gumam Adriana. Fikirnya nasib baiklah tiada siapa melihat dia tersungkur tadi tapi sangkaannya meleset.

“Awak tangkap apa tu?” kata Muslim sambil menyembunyikan ketawanya.

Hendak terburai tawanya apabila gadis itu menjeling tajam. Sungguh dia tidak sangka, ingatkan siapa la yang terjatuh. Apabila dia menghampiri rupa-rupanya gadis yang sama dia lihat tadi. Melihat gadis itu berjalan dengan payah, timbul pula rasa kasihan di hati Muslim tetapi dia ingin melihat sejauh mana gadis itu dapat menahan keegoannya.

“Nah, ambil minyak angin ni. Sapu dekat kaki awak, karang makin bengkak pula. Lagi susah awak nak berjalan, ke awak nak saya dukung awak? Hehe..” Muslim menghulur botol tersebut kepada gadis itu. Dia suka melihat muka gadis itu bila marah, kelihatan comel sangat.

Dalam keterpaksaan Adriana mengambil juga minyak angin di tangan Muslim. Tengah sakit macam ni takkan nak buat sombong lagi kan.

“Terima kasih” kata Adriana sambil tersenyum.

Muslim terpegun melihat senyuman itu yang jelas menampakkan kedua-dua belah lesung pipit si dia.

“Err.. Sama-sama. Kecik punya hal lah”

“Saya Marlisa Adriana. Itu pun kalau awak nak tahu lah” Adriana berkata seperti mana Muslim memperkenalkan dirinya tadi.

“Eh, saya tak tanya pun” Muslim sengaja mahu bergurau.

“Saya bagi tahu supaya awak tak sibuk-sibuk nak tanya saya nanti” jawab Adriana selamba dengan muka yang geram.

Huh! Menyesal aku bagitahu. Rasa macam nak ketuk-ketuk je mamat ni. Gumam Adriana dalam hati.

“Haha.. Relaks la, just kidding. Saya cuma nak menceriakan suasana yang suram ni. Muka awak pun macam mendung je. Sharing is caring” balas Muslim seraya duduk di sebelah Adriana tetapi dekat jarak yang jauh tau! Kalau dekat-dekat karang takut kena backhand pula.

Adriana hanya senyum mendengar kata-kata Muslim. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. Adriana mula senang dengan kehadiran Muslim, nyata lelaki itu merupakan pendengar dan penasihat yang baik. Dia rasa segala kekusutan hilang begitu sahaja. Muslim pula merasakan Adriana seorang kawan yang mudah di ajak bersembang kalau kena dengan caranya. Mengenali Adriana membuat dia teringatkan seseorang yang pernah dia kenali suatu ketika dahulu.

bersambung…..

2 comments:

Anonymous said...

ni kisah aritu kan? ptambahan yang menarik. hehe. cepat la buat sambungan.. xsabar nie!! haha

NS said...

Aah yang hari tu punya. Haha yela wak. tunggu....