- Twitter -

CERPEN : KEHILANGAN III




Marlisa Adriana berasa pelik apabila neneknya  menyuruh dia keluar bersama maksu. Katanya ada barang yang perlu di beli, hujung bulan ni ada majlis bertunang. Siapa yang bertunang? Adriana tertanya-tanya. Kelihatan sepupunya gembira benar, macam dia je yang nak bertunang tapi umur baru setahun jagung, duit pun minta pada ibu lagi.


“Kak Ad, apa yang akak menungkan tu! Cepatlah siap, kita dah nak keluar ni” sergah Kasih.

“Apa ni Kasih, main sergah-sergah pula. Nasib baik la akak takde sakit jantung, kalau tak ICU la nampaknya” Adriana siap letak dua jari di matanya dan di tuju kepada Kasih. Dia terus menuju ke bilik untuk bersiap.

Terkekeh Kasih ketawa. Eh, mana boleh dia biarkan Adriana masuk ICU, mahu gila cik abang dekat Kuantan tu. Kasih berkata dalam hati.

“Ok jom! Kita nak ke mana sebenarnya Kasih?” tanya Adriana.

“Kita pergi shopping” jerit Kasih seraya ketawa.

Ibu Kasih sudah lama menunggu mereka di dalam kereta. Mereka terus bergerak ke Sutera Mall di Skudai, Johor. Sampai saja di shopping mall, Puan Aida terus saja mengajaknya ke kedai barang kemas. Walaupun terkejut dia tetap mengikuti langkah ibu saudaranya. Kasih yang dari tadi di sisinya, entah hilang ke mana. Dia hanya berdiri di depan kedai De Gem. Dia hendak bertanya tapi tidak terluah, dia hanya melihat ibu saudaranya memasuki kedai itu.

“Jomlah masuk Kak Ad” kata Kasih sambil menarik tangan Adriana.

“Kus semangat. Ya Allah, Kasih ! Selalu buat Kak Ad terperanjat tau” marah Adriana lantas menampar bahu Kasih. Bukan main terkejut lagi Adriana tadi, dia ingatkan siapa la yang berani main sentuh-sentuh ni.
Kasih di sebelah hanya tergelak. Dia mengambil tempat di sebelah Adriana.

“Ad boleh tolong maksu pilih tak yang mana cantik. Maksu tak pandai la” kata Puan Aida. Kalau boleh dia mahu Adriana memilih sendiri cincin tunangnya. Bakal tunang Adriana telah menyediakan duit bagi membeli cincin ini, mengikut apa yang di katakan kakaknya tempoh hari la.

“Kenapa Ad yang kena pilih pula maksu?” tanya Adriana pelik. Dia mengangkat keningnya kepada Kasih untuk bertanyakan hal yang sama.

“Alaa Kak Ad, pilih je lah. Biasanya cita rasa orang muda ni lain sikit, cincin ni untuk bakal tunang Abang Man, dia nak buat surprise gitu. Disebabkan Kak Ad dengan bakal tunang Abang Man tu sama baya dan saiz jari pun lebih kurang je tu yang kasih dan ibu ajak akak temankan kitaorang” jawab Kasih. Dia harap sangat Adriana tidak akan bertanya lanjut. Dia lega bila Adriana hanya diam dan terus memilih cincin yang berkenan di hatinya. Dalam hati Kasih berkata, ya ya je saiz jari lebih kurang, kekasih pun Abang Man takde. Kasih gelak jahat dalam hati.

Setelah selesai membeli cincin dan beberapa pasang baju untuk kenduri tersebut, mereka terus pulang ke rumah. Adriana masih tertanya-tanya siapa yang nak bertunang sehinggakan dia perlu membeli semua barang ini. Tiba-tiba dia jadi rindu pada Amir, rasanya dah hampir sebulan dia tidak menghubungi lelaki itu. Hmm! Biarlah, dia pun tak cari aku. Bisik Adriana dalam hati.

*****

Amir Danish resah sendirian, dia takut jika Adriana tidak dapat menerimanya lagi. Dia tahu hati kekasihnya itu sukar di duga, mulut kata ok tapi hati lain pula rentaknya. Kusut dia fikirkan semua itu, dia berharap agar semuanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh Yang Maha Esa. Hari ini sepatutnya dia bertolak ke Johor untuk menemui Adriana tetapi dia masih lagi berbaring di rumah. Dia terdengar suara Hakimi menegurnya.

Eh bila masa pulak mamat ni duduk sebelah aku. Kata Amir dalam hati.

“Hoi, kata nak pergi pujuk Adriana. Ini apehal terbongkang lagi, habis la Adriana kena kebas orang” gurau Hakimi.

“Amboi jahat betul mulut kau. Suka sangat ke kalau aku kehilangan dia” tanya Amir, tidak puas hati dengan gurauan Hakimi. Agak-agak la beb, orang tengah resah gelisah ni. Dia boleh buat lawak yang rasanya tak berapa nak cerdik tu.

“Haha... Dah kau tu macam tak beria je nak dekat dia, sepatutnya kau dah bertolak pergi sana tau. Bukan duk termenung kat sini. Lainlah bila kau termenung, tup tup kau dah ada kat sana. Ada juga la manfaatnya kan”.

“Aku risau la Kimi” keluh Amir.

“Apa yang nak di risaukan, kau tak cuba lagi kau dah fikir itu ini. Come on bro, be gentlemen. Kejar sebelum dia lari lagi jauh, try to win her heart back. You’re lucky because your get her parents trusted” nasihat Hakimi.

Thanks Kimi, kau memang sahabat aku dunia akhirat. Kau selalu ada dengan aku bila aku susah. Kau je lah yang berani tegur salah aku” luah Amir.

My pleasure Mir. Susah kau, susah aku juga. Ingat tu !” kata Hakimi sambil tersenyum.

Amir sangat menghargai sahabatnya itu. Dia tidak sangka yang Hakimi sangat mengambil tentang dirinya.

“Ok lah, aku rasa aku perlu gerak sekarang. Aku boleh jadi gila kalau tak jumpa separuh lagi hati aku” gurau Amir sambil memegang dadanya.

“Ceh ! Drama je lebih. Make sure you're not dreaming while driving. Drive carefully Mir. Jangan lupa bagitahu aku good news ok” lantas Hakimi menaikkan ibu jarinya.

Amir hanya memberi senyuman dan terus beredar dari rumahnya. Dalam hati dia berdoa lagi agar semuanya di permudahkan.

*****

Marlisa Adriana duduk bersendirian di dalam bilik. Buat sekian kalinya dia membaca mesej yang dihantar oleh Amir Danish.

Ria, I'm sorry I've made ​​your heart hurt. Saya nak awak dengar lagu ni (Firman-Kehilangan) Saya tak nak kehilangan awak, Ria. Saya akan buktikannya. You mean to me.

Marlisa mengeluh, bukan dia mahu meninggalkan lelaki itu. Dia cuma perlukan ketenangan. Sudah banyak kali dia mendengar lagu Firman itu, maksud liriknya sama seperti apa yang dia hadapi sekarang. Dia terkejut apabila Kasih menepuk bahunya. Jauh sungguh dia berkhayal sampai Kasih masuk pun tak sedar. Hati Adriana berkata.

“Kak Ad, ada orang datang nak jumpa akak” beritahu Kasih.

“Siapa?” Tanya Adriana sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Entah la, Kasih lupa pula nak tanya nama dia. Pergi la turun cepat nanti lama pula tetamu tu tunggu” Kasih terus berlalu ke ruang tamu selepas menghabiskan kata-katanya.

Siapa la yang datang melawat aku. Sungguh pelik. Tanya Adriana dalam hati. Kakinya dihayun menuju ke ruang tamu, boleh tahan laju juga dia jalan. Excited sangat nak tahu siapa tetamu yang di maksudkan Kasih tadi. Dia terus kaget tatkala melihat susuk tubuh seorang lelaki di hadapan matanya kini. Lidahnya kelu, jantungnya berlari laju. Dia perlukan oksigen, dia tidak suka perasaan yang hadir tatkala ini. Dia berharap itu hanya khayalannya saja.

“Ria...” tegur Amir apabila melihat Adriana kaku di belakangnya tadi. Terkejut sangat ke nampak aku. Bisik Amir dalam hati.

Adriana tersedar dari khayalannya. Perasaan malu jangan cakap la, dia rasa macam nak lari sekarang juga.

“Err.. Ir..?” tiba-tiba Adriana menjadi gagap. Tidak tahu apa yang patut dia cakap. Waktu macam ni pula otak dia lambat proses, langsung taknak bekerjasama dengan tuan badan.

Melihat keadaan Adriana yang blur, Amir segera menghampiri gadis itu.

“Ria, boleh kita cakap sekejap. Ada hal penting yang saya nak sampaikan” kata Amir.

About what?” tanya Adriana resah. Macam-macam perkara yang dia fikirkan. Nak mengakhirkan hubungan ke? Oh, tidak ! dia tak sanggup. Jerit hati Adriana.

About us. Can we move now?” jawab Amir lalu berjalan keluar.

Mahu atau tidak, Adriana akur juga. Dia lihat Amir sedang menunggunya di dalam kereta. Tanpa banyak bicara dia mengambil tempat di sebelah Amir dan kereta mereka mula bergerak ke suatu destinasi yang Adriana tidak ketahui. Suasana di dalam kereta sepi sehingga lah sampai di Pantai Tambak, Pontian. Amir terus keluar dari kereta sebelum Adriana sempat bertanya apa-apa.

What? Dah la ajak aku keluar tapi sepatah pun dia tak cakap dengan aku, pandang aku pun tak. Siapa patut marah siapa ni? Huh! Adriana berkata sendirian. Dia turut mengikuti langkah Amir yang mengambil tempat di atas benteng. Amir yang duduk di sebelahnya di pandang, wajah itu nampak tenang sahaja tapi dalam hati siapa tahu kan.

“Ria, saya minta maaf atas semua kesalahan saya terhadap awak. Buat awak kecewa, terluka, terseksa dalam diam” luah Amir.

“Kenapa sekarang?” Adriana sengaja mahu menduga lelaki itu.

“Saya baru sedar yang saya tak boleh berjauhan dari awak sebab separuh lagi hati saya ada pada awak. I need you be on my side” terang Amir lagi.

“Mudahnya awak berkata-kata, kan? Tapi yang rasa sakitnya saya, bukan awak” tukas Adriana. Hatinya tiba-tiba rasa ingin marah.

“Ya, saya tahu Ria. Saya juga merasa kesakitan bila awak pergi macam tu je, waktu tu baru saya faham apa yang awak rasa selama ni. Terlalu sakit bagi awak tapi sekarang saya datang untuk tebus semua kesedihan awak. I will not let you alone again” kata Amir bersungguh-sungguh.

“Bukan semudah itu, Ir” Adriana mengeluh.

“4 tahun saya pendam semuanya, terlalu berat bagi saya. Awak ada tapi kadang-kadang saya rasa awak macam jauh sangat dari saya. Saya boleh faham dan saya cuba fahami awak tapi pernah tak awak cuba fahami saya, isi hati saya” sambung Adriana. Sebenarnya banyak perkara yang ingin dia katakan tapi biarlah hanya dia sorang saja yang tahu. Dia dah malas nak fikir pasal ni semua, dia dah penat. Terlalu penat! Dia sayangkan Amir tapi dia juga tidak sanggup untuk membiarkan hatinya lebih terluka.

Adriana melayan perasaan sedihnya sendirian manakala Amir pula sibuk memikirkan kata-kata yang sesuai untuk memberitahu gadis itu. Setelah sekian lama menyepi Amir bersuara.

“Kita kahwin Ria. Saya betul-betul maksudkannya” kata Amir jujur.

What? Am I dreaming? Dah la saya terkejut bila nampak awak datang sini dan sekarang awak boleh ajak saya kahwin macam tu je. Awak ingat saya akan ok dengan semua ni, haa ?” tanya Adriana bertubi-tubi. Mana tidaknya, apa yang dia fikirkan tadi langsung tidak sama. Namun dalam hatinya terselit rasa bahagia. Inilah saat yang di tunggu-tunggu tapi timing macam tak betul je. Ada ke ajak kahwin masa tengah ‘panas’ macam ni. Spoil!

“Marlisa Adriana Binti Latif, sudikah awak berkongsi hidup dengan saya hingga ke akhir hayat?” Amir menyua sekotak cincin kepada Adriana. Dia berharap sangat Adriana mengambilnya.

“Saya.. Emm saya tak tahu nak cakap macam mana. Wait for a minute”  kata Adriana.

Setelah sepuluh minit Adriana berfikir itu ini, tentang masa depannya, tentang hubungannya ini. Dia nekad dengan keputusan yang akan di ambil. Adriana menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.

“Saya sudi. Yes, I do” putus Adriana seraya tersenyum. Dia merasakan ini keputusan yang terbaik buat dirinya. Dia tidak mahu memanjangkan lagi permasalahan mereka. Kesanggupan Amir mencarinya hingga ke kampung sudah cukup membuktikan yang dia berharga di mata Amir.

“Syukur, Alhamdulillah. Kalau macam tu majlis pertunangan kita esok akan di teruskan dan kita cuma ada masa sebulan saja untuk prepare majlis kahwin kita” kata Amir seraya tersengih. Malu juga dia, nampak macam gelojoh sangat.

What? So maknanya awak memang dah rancang semua ni dari awal la ya. Patut la orang-orang kat rumah semua sibuk semacam je, rupanya majlis sendiri. Cup! Means ibu dan ayah saya tahu la ya? ”

Yup. Maaflah saya buat semua ni tanpa pengetahuan awak. Saya jumpa mereka sebab saya taknak kehilangan awak, Ria”

“Apa lagi yang patut saya cakap kalau ibu ayah pun dah setuju. Terima kasih sebab buat semua ni untuk saya. Awak takkan biarkan saya lalui hari-hari saya sendiri lagi kan?” tanya Adriana.

“Ya sayang. Saya takkan ulangi kesilapan yang pernah saya buat. Saya janji selagi saya hidup saya akan membahagiakan awak di sisi saya, InsyaAllah jika di izinkan Tuhan. Saya sayangkan awak, Ria” kata Amir tulus.

“Kita sama-sama akan cuba bina rumah tangga yang bahagia, Ir. Saya rasa kita perlu balik, mesti orang dalam rumah saya risau sebab boleh tahan lama juga kita keluar” Adriana cuba mengajak Amir balik. Biarlah, rasanya dia tidak perlu membalas kata-kata sayang yang Amir beri. Adriana terus bangun dan melangkah pergi ke kereta.

Amir hanya memerhati, dia tersenyum sendirian. Dia bersyukur sangat apa yang dia rancang berjalan dengan baik. Dalam hati dia berdoa agar kebahagiaan milik mereka berdua dan jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Dia melangkah dengan hati yang gembira, tidak sabar rasanya hendak memberitahu berita gembira ini pada kedua ibu bapa Adriana dan sahabat baiknya. Dia bertekad akan berubah untuk kehidupannya akan datang. Sesungguhnya dia bersyukur pada Yang Maha Esa.

-TAMAT-

CERPEN : KEHILANGAN II





Hakimi pelik, dari tadi lagi handphone Amir berbunyi tetapi satu pun tidak dijawabnya dan semakin pelik apabila Amir mengajaknya datang ke sini. Dia tidak tahu pula yang Amir selalu melepak di Esplanade Tanjug Api ni.

“Kimi, kau tahu tak kenapa aku suka datang sini?” kata Amir.

“Manalah aku tahu, kau tak pernah beritahu aku pun. Lagi pun aku tak tahu pula yang kau ni suka duk berjiwa dekat sini” balas Hakimi dengan senyuman sinis.

Amir tersenyum kelat. Dia tahu hakimi menyindirnya, ialah selama ini kan dia mana pernah cerita apa-apa tentang perasaan pada temannya itu termasuklah pasal Adriana.

“Kalau kau nak tahu kat sini best, kalau malam nampak cantik sebab cahaya lampu tu membuat kawasan ni nampak indah. Lagi pun aku suka tengok orang memancing kat sini. Aku tumpang rasa gembira bila diorang dapat hasilnya. Nak lepak minum teh, kedai pun dekat.” terang Amir.

Dia mengeluarkan telefon dari poketnya, panggilan Adriana dibiarkan sepi lagi. Dia tak mahu diganggu, cukuplah Hakimi menjadi penemannya malam ini. Dia tidak tahu mengapa  perasaan dia runsing sejak dua menjak ni. Apa yang dia lakukan ada saja yang tidak kena. Telefonnya berdering lagi minta dijawab tetapi Amir masih kaku sehingga deringan itu senyap.

“Asal kau tak jawab Mir? Mana tahu ada perkara penting ke” beritahu Hakimi. Sekali-sekala temannya ini perlu di nasihati juga. Bukan apa, dia tidak mahu Amir menyesal suatu hari nanti.

“Alah, tak ada apa yang penting pun. Biasalah tu, nak borak dengan aku. Lagi pun dah 2 minggu kitaorang tak contact” jawab Amir selamba. Dia tahu Adriana rindukan dia dan dia juga rindukan gadis itu tetapi dia pun tidak tahu kenapa dia sering mengabaikan Adriana.

What? Kalau aku lah jadi Adriana tu, dah lama aku blah. Yela ada kekasih pun macam tak ada je” Hakimi terkejut mendengar pengakuan temannya itu. Pastinya Adriana sedang kecewa. Mana tidaknya mengikut perkiraan Hakimi, rasanya dah hampir setahun mereka tidak bersua muka.

“Dia tak macam tu, aku kenal dia”

“Eh, Amir. Setiap manusia memang ada kesabaran tapi sabar ni ada limit juga. Kalau dah melebihi paras yang di tetapkan, apa-apa pun boleh berlaku tau!” tegas Hakimi.

“Aku yakin dia takkan tinggalkan aku. Aku tahu dia sayangkan aku jadi dia takkan buat macam tu” Amir pertahankan egonya. Dalam masa yang sama ada sedikit kegusaran menerjah di hati Amir. Dia sangat takut kehilangan gadis yang di cintainya itu.

“Jangan yakin sangat Mir. Jangan kau yang gigit jari nanti sudah la. Aku bukan apa Mir, aku tengok kau ni macam tak serius langsung dengan dia. Umur kau pun bukan muda lagi. Kawan-kawan kita pun ada yang dah berkahwin. Aku sendiri pun dah bertunang, tinggal tunggu akad nikah je ni. Sampai bila kau nak macam ni? Kau dah lama dengan dia, sampai bila kau nak seksa perasaan dia. Dia tu perempuan Mir, hati dia lembut. Bila dia kata ‘tak apa’ itu tak semestinya dia maksudkan tau. Dia sekadar jaga hati kau je. Kau pula selalu sangat sakitkan hati dia, mungkin bukan secara terang-terangan tapi cara kau layan dia tu, nampak sangat yang kau tak peduli pun pasal perasaan dia. Kau biar dia pujuk hati dia sendiri, sedangkan salah tu dari kau. Aku minta maaflah, aku bukan nak bagi ceramah ke apa. Aku cuma nak kau buka sikit mata kau, minda kau. Kalau kau betul sayangkan dia, cintakan dia, kau tak akan buat dia macam ni” Hakimi menghembus nafasnya. Lega bila dapat meluahkan apa yang dia rasa selama ini. Biarlah Amir nak memarahi dia sekali pun, dia tidak kesah asalkan dia dapat menyedarkan Amir.

Amir hanya diam, dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Apa yang dikata Hakimi memang ada benarnya. Amir akui, dia memang sering sakiti Adriana dalam diam. Amir menghembus nafas yang berat, dia rasa serabut sangat. Dia datang ke sini untuk menghilangkan segala masalah yang bersarang di kepala ni bukannya untuk menambahkan beban yang ada. Nampaknya dia perlu tidur untuk melupakan sementara semua perkara yang di hadapinya.

“Jomlah balik, aku dah ngantok la” kata Amir seraya berlalu ke keretanya.

Hakimi hanya mengikuti langkah Amir. Harapan dia cuma satu, agar Amir tidak terus sakiti hati Adriana lagi.

*****

Marlisa Adriana mengeluh, tidak tahu apa masalahnya dengan Amir Danish. Sudah berkali dia menelefon lelaki itu tapi satu pun tidak di angkatnya. Ada perkara yang ingin di sampaikan kepada Amir. Dia mengeluh, perasaannya bercampur-baur antara marah dan sedih. Kali ini dia nekad, dia akan pergi sementara untuk tenangkan fikirannya. Lagi pun cutinya telah di luluskan, dia tidak tahu kenapa dia sanggup mengambil cuti selama sebulan. Nasib baiklah bos di tempat kerjanya memberi kelonggaran kerana selama dia bekerja di situ belum pernah lagi dia meminta cuti selama ini. Tapi cuti tanpa gaji tau ! Dia teringat kembali pengenalan singkat dengan Muslim. Itu lah kali pertama dan kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu. Perbualan bersama Muslim tempoh hari masih melekat di minda. Tidak di sangka Muslim pernah kehilangan orang yang dia sayang.

“Saya faham apa yang awak rasa sekarang. Bila orang yang kita sayang tak pedulikan kita, rasa sakit sangat. Walaupun saya tak pernah lalui semua tu tapi saya pernah buat seperti mana kekasih awak buat sekarang” luah Muslim. Tiba-tiba dia menjadi sebak apabila mengingati kembali arwah tunangnya Balqis. Sesungguhnya Balqis seorang gadis yang sangat tabah.

“Maksud awak, kekasih awak pernah lalui keadaan macam saya ni? Jadi macam mana hubungan awak dengan dia sekarang?” Adriana bertanya lebih lanjut.

“Dia tunang saya, 3 tahun kami bercinta dan kami memutuskan untuk bertunang tapi tak lama. Saya hanya sempat menjadi tunang dia selama 3 bulan saja lepas tu dia pergi meninggalkan saya, buat selama-lamanya”  kata Muslim dengan nada sebak. Berat untuk dia menceritakan kembali kisahnya itu.

Adriana terkejut dengan ayat terakhir lelaki itu. Dia kehilangan kata-kata, patutlah dia lihat air muka Muslim berubah murung.

“Saya minta maaf, bukan maksud saya nak buat awak sedih kembali. Awak tak perlu cerita kalau ianya akan membuat awak lebih kecewa” kata Adriana bersungguh-sungguh.

“Tidak mengapa, saya nak awak dengar cerita saya. Selepas pemergian Balqis, saya tak pernah kongsi perasaan saya dengan siapa-siapa tapi dengan awak, saya rasa senang” luah Muslim seraya tersenyum. Dia pun tidak tahu mengapa dia berasa begitu selesa apabila bercerita dengan gadis ini walaupun dia tahu dia takkan mampu memiliki gadis yang bernama Marlisa Adriana.

“Ceritalah, saya akan jadi pendengar yang baik”

Muslim menarik nafas dan menghembusnya sebelum memulakan cerita. Dia ingin mengumpul kekuatan untuk dirinya. Dia tidak mahu air matanya mengalir di hadapan Adriana.

“Mula-mula waktu saya nak berkenalan dengan dia, beria saya cuba ngorat dia tapi tu lah dia jual mahal sangat waktu tu. Bila terserampak dengan saya je mesti dia nak larikan diri. Kelakar sangat masa tu” Muslim gelak halus bila mengingati kembali kenangannya bersama Balqis.

“Tapi lama-kelamaan saya berubah sikap. Saya sayang dia tapi saya tak pedulikan dia. Saya tak ambil berat sangat pasal dia sehinggakan dia sakit pun saya tak tahu. Dia kata dia cuba beritahu saya tapi keadaan selalu tak mengizinkan sampailah dia terlantar dekat hospital. Saya tahu pun sebab kakak Balqis yang bagitahu, itu pun selepas seminggu dia berada di hospital. Waktu tu lah saya rasa menyesal sangat sebab tak pernah nak luangkan masa bersama dia tapi yang paling buat saya sedih sangat bila dia cakap dia tak salahkan saya atas semua yang terjadi antara kami, dia bahagia bersama saya. Dia terima apa yang berlaku seadanya sebab dia sayangkan saya. Dia tahu saya sayangkan dia juga tapi tuhan lebih sayangkan dia. Saya cuma sempat teman dia selama dua minggu je, lepas tu saya kehilangan dia bukan untuk sementara tapi untuk selamanya. Walaupun dia cakap dia bahagia, saya tahu dia lebih banyak menderita daripada bahagia. Saya rasa terkilan sangat awak sebab saya tak dapat nak bahagiakan dia masa dia ada di sisi saya” Muslim sebak, dia tidak dapat menahan air matanya dari terus gugur. Dia pernah berjanji pada Balqis yang dia tidak akan menangisi pemergian Balqis tetapi dia hanya manusia biasa, masih lagi ada rasa sedih dan kehilangan.

Adriana yang mendengar turut sama mengalirkan air mata. Tidak dia sangka begitu kuatnya semangat seorang gadis yang bernama Balqis. Adriana hanya diam, dia biarkan Muslim melayani perasaannya sendiri. Dia tahu Muslim perlukan ketenangan tika ini. Setelah sekian lama berdiam, Muslim melanjutkan bicaranya.

“Awak pergilah bercuti atau ke mana sahaja, hilangkan diri awak dari dia. Kalau dia cari awak maknanya dia betul-betul sayangkan awak. Kadang-kadang awak kena bagi ruang pada hati awak juga, ruang kebahagiaan. Jangan penuhkan hati awak dengan kekecewaan. Saya bukan nak menghasut awak untuk tinggalkan dia. Saya cuma nak awak pergi tenangkan minda awak, fikirkan balik hala tuju hubungan awak dengan dia” nasihat Muslim. Dia berharap gadis itu akan menemui kebahagiaannya suatu hari nanti walaupun bukan bersama dia.

Suara ibu memanggil namanya, membuat Adriana tersedar dari lamunan. Dia nekad untuk pulang ke kampung. Bukan mahu lari daripada masalah tapi apa yang Muslim katakan ada benarnya, dia perlukan masa dan ruang untuk dirinya sendiri. Dia akan kembali ke sini dengan sebuah harapan.

“Akak dah siap? Ayah dah tunggu dekat kereta tu” kata Puan Anita.

“Sudah ibu, marilah kita turun. Karang muka ayah lain macam je kalau kita lambat. Hehe..” gelak Adriana.

“Kamu ni, ada-ada aje” Puan Anita turut tersenyum. Dia pelik juga apabila Adriana menyatakan hasrat untuk tinggal di kampung buat sementara waktu tapi dia akur dengan keputusan anaknya itu. Dia sendiri sudah masak benar dengan perangai Adriana, pasti ada perkara yang berlaku antara Amir dan anaknya itu. Kalau tidak masakan Adriana pergi membawa diri.  Sebagai seorang ibu, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan mereka berdua.

*****

Semua perkara yang dilakukan Amir Danish menjadi tidak betul. Banyak perkara yang berlegar-legar di mindanya. Dia juga pelik kerana sudah hampir seminggu Adriana tidak menghubunginya. Rajukkah gadis itu, dia mula berfikir. Dia pernah menghubungi Adriana tapi sayang panggilannya di biarkan sepi, ada kala telefonnya di matikan. Dia mula teringatkan kata-kata Hakimi waktu mereka sedang lepak di Esplanade Tanjung Api. Dia cukup takut kalau apa yang di katakan itu menjadikan kenyataan. Dia harus bertemu ibu bapa Adriana. Malu yang dia rasa perlu ditolak ke tepi, yang penting dia perlu lakukan sesuatu.

“Assalamualaikum…” kata Amir. Dia hanya berdiri di hadapan pintu pagar rumah orang tua Adriana.

“Waalaikumussalam. Oh, Amir. Masuklah, tiba-tiba je kamu ke mari ni” kata Puan Anita. Dia sudah mengagak pasti Amir akan datang ke rumahnya. Adriana telah berpesan supaya tidak memberitahu Amir di mana dia berada.

Amir menyalami tangan Puan Anita sebagai tanda hormat. Lagi pun, bakal ibu mertua dia juga kan. Eh, yeke? Belum tentu Adriana mahu berkahwin dengan dia! Sangkal hati Amir.

“Siapa yang datang tu Ani?” kedengaran suara Encik Latif dari halaman rumah. Dia sedang menikmati sarapan paginya.

“Amir bang, cari anak kita tu kot” bisik Puan Anita.

Amir menghampiri Encik Latif lantas menyalami orang tua itu.

“Pakcik sihat?” Amir sekadar bertanya.

“Alhamdulillah sihat je ni haa. Kamu tak kerja ke Mir? Awal pagi dah datang ke mari” kata Encik Latif dengan penuh tanda tanya.

“Saya cuti hari ini, pakcik. Saya datang ni pun sebenarnya ada hajat”

“Hajat apa yang kamu bawa tu. Bunyi macam besar je”

“Saya berhasrat nak sunting bunga di taman pakcik ni” tika ini Amir berasa sangat malu. Mana tidaknya, tak ada angin, tak ada ribut tetiba je nak ajak anak orang kahwin.

“Kamu ni serius ke Amir? Orang tua kamu dah tahu ke pasal ni?” tanya Encik Latif.

Puan Anita di sebelah hanya jadi pendengar, dia tidak mahu masuk campur dalam urusan sebegini. Dia tahu suaminya pasti akan buat keputusan yang terbaik untuk anaknya tu.

“Saya serius pakcik. Saya dah bincang dengan ibu bapa saya, mereka setuju. Kalau pakcik tak keberatan, boleh ke keluarga saya hantar rombongan meminang minggu depan dan saya ingat hujung bulan ni kami bertunang?” kata Amir dengan tenang. Sebenarnya sudah lama dia telah memikirkan perkara ini, sejak perbualan dia dengan Hakimi dulu. Kali ini dia tidak mahu bertangguh lagi.

“Pakcik tiada masalah tapi sempat ke belah kami ni nak buat persiapan. Rasanya hujung bulan pun dah tak lama lagi. Haa.. satu lagi, Adriana dah tahu ke pasal semua ni?” tanya Encik Latif. Dia pasti anaknya itu tidak tahu akan hal ini.

“Dia tak tahu pakcik, saya ingat majlis bertunang tu saya nak buat dekat kampung pakcik. Saya tahu Adriana ada di sana, jadi keluarga saya akan datang sana nanti. Saya harap sangat pakcik dan makcik merestui kami” Amir rasa lega bila dapat luahkan semua rencananya. Dia menunggu jawapan daripada Encik Latif, risau juga dia kalau Encik Latif tidak bersetuju.

“Hmm.. Pakcik ni bukan apa, pakcik cuma nak yang terbaik buat Adriana. Kalau kamu dah kata begitu, pakcik akan turuti. Kamu datang pun dengan cara baik, susah pakcik nak cakap tidak. Lagi pun dah lama sangat kamu berkawan dengan Adriana. Tak manis orang tengok kalau kamu asyik bawa dia ke hulu ke hilir tanpa ikatan. Nanti pakcik akan bagitahu orang di sana” kata Encik Latif.

“Tapi, em.. boleh tak kalau pakcik tak bagitahu Adriana dulu. Biarlah saya sendiri yang meberitahunya nanti” pinta Amir.

“Ikut kamulah Mir, pakcik turuti saja. Tahulah apa yang kami perlu cakap pada Adriana nanti. Pakcik harap la semuanya akan berjalan dengan lancar” terang Encik Latif.

Amir lega mendengar jawapan Encik Latif. Sempoi juga bakal bapa mertua aku ni. Kata Amir dalam hati.

“Kalau macam tu, saya beransur dulu la ya. Maaflah ganggu pakcik dan makcik pagi-pagi ini” Amir lantas bangun dan menyalami tangan orang tua Adriana.

 Dia pulang dengan sebuah senyuman, senyuman yang sangat bermakna buat dirinya. Dia bersyukur kerana ibu bapa Adriana menerima dia seadanya dan Amir berdoa agar Adriana tidak akan menolak pertunangan itu nanti. Dia perlu membuat persiapan lebih rapi, walaupun sebenarnya dalam diam semua barang hantaran buat Adriana dia telah membelinya terlebih dahulu. Dia cuma inginkan majlis kecil-kecilan, apa yang penting Adriana kembali dalam hidupnya.

bersambung……

CERPEN : KEHILANGAN I




Marlisa Adriana seorang yang peramah. Ramai kenalan tetapi Amir Danish tetap menjadi pilihan hatinya. Sudah hampir 4 tahun mereka menyulam cinta yang kadang-kala tenggelam timbul. Mereka jarang berjumpa walaupun tempat tinggal mereka tidak lah berbatu-batu jauhnya. Dia juga cukup sabar melayani sikap kekasihnya itu yang sukar dijangka. Orang kata adat percintaan mesti ada liku-liku kepahitan.

Amir Danish seorang lelaki yang kacak dan bergaya, merupakan Pengarah Urusan di tempatnya bekerja. Peminat tak payah cakap la , berduyun-duyun tetapi hatinya hanya ada nama Marlisa Adriana seorang. Kehadiran gadis itu dalam hidupnya sangat di hargai tetapi dia tidak pandai hendak menunjukkan betapa pentingnya gadis itu. Dia tidak pandai berkata-kata dan juga kurang arif  hal yang berkaitan dengan hati kerna itulah hati Adriana sering di sakiti.

*****

“Ir, awak kat mana ? Hari ini kan awak cuti. Lama dah kita tak keluar sama-sama” rungut Adriana.

Sorry sayang, I’m tired. Lain kali lah kita keluar ok?” Balas Amir dengan suara yang perlahan. Geram apabila ada orang mengganggu tidurnya.

“Dah pukul 2 petang Ir! Awak masih tidur? Mesti balik lewat lagi ni kan” gumam Adriana.

“Ria, please! Awak tahukan saya tak suka nak cakap benda yang sama dua tiga kali. Next time kita keluar la. Saya nak rehat hari ni” bentak Amir tetapi masih dalam nada suara yang rendah. Dia tidak mahu kekasih hatinya itu berkecil hati.

“Ok. It’s up to you, Ir. Saya dah terlalu faham sangat, ini bukan kali pertama. Pergilah sambung tidur awak balik. Maaf la saya ganggu. Assalamualaikum.” Adriana terus sahaja mematikan panggilan selepas menghabiskan ayat terakhirnya.

“Sayang… hmm” Amir mengeluh. Dia tahu hati Adriana kecewa buat kesekian kalinya. Salam Adriana hanya dijawab dalam hati sahaja. Malas memikirkan rajuk sang kekasih hati Amir menyambung tidurnya yang terganggu tadi.

Hakimi yang berada dalam bilik hanya mampu menggeleng dengan perangai temannya itu. Bukan dia tidak tahu Amir sangat menyayangi Adriana tetapi kadang-kala ego mengatasi segala-galanya. Dia bukan sengaja hendak mendengar perbualan mereka tetapi sudah alang-alang dia hendak mengambil buku di dalam bilik itu apa salahnya kalau dia curi-curi dengar sekali. Lagi pun Amir bukan sedar kehadirannya di situ. Amir, Amir… Jangan kau gigit jari kemudian hari sudah la. Hakimi berkata dalam hati, lalu keluar dari blik itu.




Adriana bersandar di kerusi yang terletak di sekitar Pantai Sepat. Waktu begini memang tidak ramai pengunjung, waktu orang sibuk mencari rezeki jadi tidak hairanlah kebanyakkannya hanya remaja lepak disini. Adriana menghembus nafas yang sesak di dada. Dia runsing memikirkan hubungannya dengan Amir yang sering bergelora, walaupun sebenarnya bukanlah masalah yang besar tetapi sikap sambil lewa Amir itu membuatkan Adriana rasa tidak penting disisi lelaki itu. Sedang leka melayani perasaan dia terkejut apabila di sapa oleh orang yang tidak di kenalinya.

“Hai, seorang je ke?” tanya lelaki itu seraya tersenyum.

Adriana bingkas bangun untuk beredar namun jejaka itu menahannya. Dia merengus geram kerana tidak suka diperlakukan begitu.

“Maaf la, saya bukannya sengaja hendak mengganggu awak. Saya hanya mahu bertegur sapa, bukan apa dari tadi lagi saya dengar awak mengeluh sorang-sorang jadi mana tahu saya boleh bantu awak kalau awak ada masalah” kata lelaki itu degan tulus.

“Saya tak ada masalah dan awak tak perlu susah-susah memikirkan tentang keluhan saya tu” jawab Adriana
.
“Oh, ok la kalau awak dah cakap macam tu kan. By the way, nama saya Muslim. Itu pun kalau awak nak tahu la” sambil tersenyum Muslim sengaja memperkenalkan dirinya, manalah tahu boleh jadi kawan. Dia pun sudah lama ‘menduda’.

Sorry, saya tak banyak masa nak kenal-kenal ni. Lagi pun saya tak berminat nak kenal dengan awak” selepas habis berkata Adriana terus pergi dari situ. Dia perlukan ketenangan bukannya seorang teman yang tidak di kenalinya itu. Baru sahaja Adriana ingin melangkah ke kerusi yang kosong tiba-tiba dia terjatuh akibat tersandung akar pokok.

“Aduhai, macam manalah aku tak boleh nampak akar tu, nak kata kecil bukan main besar lagi. Hish!” gumam Adriana. Fikirnya nasib baiklah tiada siapa melihat dia tersungkur tadi tapi sangkaannya meleset.

“Awak tangkap apa tu?” kata Muslim sambil menyembunyikan ketawanya.

Hendak terburai tawanya apabila gadis itu menjeling tajam. Sungguh dia tidak sangka, ingatkan siapa la yang terjatuh. Apabila dia menghampiri rupa-rupanya gadis yang sama dia lihat tadi. Melihat gadis itu berjalan dengan payah, timbul pula rasa kasihan di hati Muslim tetapi dia ingin melihat sejauh mana gadis itu dapat menahan keegoannya.

“Nah, ambil minyak angin ni. Sapu dekat kaki awak, karang makin bengkak pula. Lagi susah awak nak berjalan, ke awak nak saya dukung awak? Hehe..” Muslim menghulur botol tersebut kepada gadis itu. Dia suka melihat muka gadis itu bila marah, kelihatan comel sangat.

Dalam keterpaksaan Adriana mengambil juga minyak angin di tangan Muslim. Tengah sakit macam ni takkan nak buat sombong lagi kan.

“Terima kasih” kata Adriana sambil tersenyum.

Muslim terpegun melihat senyuman itu yang jelas menampakkan kedua-dua belah lesung pipit si dia.

“Err.. Sama-sama. Kecik punya hal lah”

“Saya Marlisa Adriana. Itu pun kalau awak nak tahu lah” Adriana berkata seperti mana Muslim memperkenalkan dirinya tadi.

“Eh, saya tak tanya pun” Muslim sengaja mahu bergurau.

“Saya bagi tahu supaya awak tak sibuk-sibuk nak tanya saya nanti” jawab Adriana selamba dengan muka yang geram.

Huh! Menyesal aku bagitahu. Rasa macam nak ketuk-ketuk je mamat ni. Gumam Adriana dalam hati.

“Haha.. Relaks la, just kidding. Saya cuma nak menceriakan suasana yang suram ni. Muka awak pun macam mendung je. Sharing is caring” balas Muslim seraya duduk di sebelah Adriana tetapi dekat jarak yang jauh tau! Kalau dekat-dekat karang takut kena backhand pula.

Adriana hanya senyum mendengar kata-kata Muslim. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. Adriana mula senang dengan kehadiran Muslim, nyata lelaki itu merupakan pendengar dan penasihat yang baik. Dia rasa segala kekusutan hilang begitu sahaja. Muslim pula merasakan Adriana seorang kawan yang mudah di ajak bersembang kalau kena dengan caranya. Mengenali Adriana membuat dia teringatkan seseorang yang pernah dia kenali suatu ketika dahulu.

bersambung…..