Hakimi pelik, dari
tadi lagi handphone Amir berbunyi tetapi satu pun tidak dijawabnya dan semakin
pelik apabila Amir mengajaknya datang ke sini. Dia tidak tahu pula yang Amir
selalu melepak di Esplanade Tanjug Api ni.
“Kimi, kau tahu tak
kenapa aku suka datang sini?” kata Amir.
“Manalah aku tahu,
kau tak pernah beritahu aku pun. Lagi pun aku tak tahu pula yang kau ni suka duk berjiwa dekat sini” balas Hakimi
dengan senyuman sinis.
Amir tersenyum
kelat. Dia tahu hakimi menyindirnya, ialah selama ini kan dia mana pernah
cerita apa-apa tentang perasaan pada temannya itu termasuklah pasal Adriana.
“Kalau kau nak tahu
kat sini best, kalau malam nampak
cantik sebab cahaya lampu tu membuat kawasan ni nampak indah. Lagi pun aku suka
tengok orang memancing kat sini. Aku tumpang rasa gembira bila diorang dapat
hasilnya. Nak lepak minum teh, kedai pun dekat.” terang Amir.
Dia mengeluarkan
telefon dari poketnya, panggilan Adriana dibiarkan sepi lagi. Dia tak mahu
diganggu, cukuplah Hakimi menjadi penemannya malam ini. Dia tidak tahu
mengapa perasaan dia runsing sejak dua
menjak ni. Apa yang dia lakukan ada saja yang tidak kena. Telefonnya berdering
lagi minta dijawab tetapi Amir masih kaku sehingga deringan itu senyap.
“Asal kau tak jawab
Mir? Mana tahu ada perkara penting ke” beritahu Hakimi. Sekali-sekala temannya
ini perlu di nasihati juga. Bukan apa, dia tidak mahu Amir menyesal suatu hari
nanti.
“Alah, tak ada apa
yang penting pun. Biasalah tu, nak borak dengan aku. Lagi pun dah 2 minggu
kitaorang tak contact” jawab Amir
selamba. Dia tahu Adriana rindukan dia dan dia juga rindukan gadis itu tetapi
dia pun tidak tahu kenapa dia sering mengabaikan Adriana.
“What? Kalau aku lah jadi Adriana tu, dah
lama aku blah. Yela ada kekasih pun
macam tak ada je” Hakimi terkejut mendengar pengakuan temannya itu. Pastinya
Adriana sedang kecewa. Mana tidaknya mengikut perkiraan Hakimi, rasanya dah
hampir setahun mereka tidak bersua muka.
“Dia tak macam tu,
aku kenal dia”
“Eh, Amir. Setiap
manusia memang ada kesabaran tapi sabar ni ada limit juga. Kalau dah melebihi paras yang di tetapkan, apa-apa pun
boleh berlaku tau!” tegas Hakimi.
“Aku yakin dia
takkan tinggalkan aku. Aku tahu dia sayangkan aku jadi dia takkan buat macam
tu” Amir pertahankan egonya. Dalam masa yang sama ada sedikit kegusaran
menerjah di hati Amir. Dia sangat takut kehilangan gadis yang di cintainya itu.
“Jangan yakin
sangat Mir. Jangan kau yang gigit jari nanti sudah la. Aku bukan apa Mir, aku
tengok kau ni macam tak serius langsung dengan dia. Umur kau pun bukan muda
lagi. Kawan-kawan kita pun ada yang dah berkahwin. Aku sendiri pun dah
bertunang, tinggal tunggu akad nikah je ni. Sampai bila kau nak macam ni? Kau
dah lama dengan dia, sampai bila kau nak seksa perasaan dia. Dia tu perempuan
Mir, hati dia lembut. Bila dia kata ‘tak apa’ itu tak semestinya dia maksudkan
tau. Dia sekadar jaga hati kau je. Kau pula selalu sangat sakitkan hati dia,
mungkin bukan secara terang-terangan tapi cara kau layan dia tu, nampak sangat
yang kau tak peduli pun pasal perasaan dia. Kau biar dia pujuk hati dia
sendiri, sedangkan salah tu dari kau. Aku minta maaflah, aku bukan nak bagi
ceramah ke apa. Aku cuma nak kau buka sikit mata kau, minda kau. Kalau kau
betul sayangkan dia, cintakan dia, kau tak akan buat dia macam ni” Hakimi menghembus
nafasnya. Lega bila dapat meluahkan apa yang dia rasa selama ini. Biarlah Amir
nak memarahi dia sekali pun, dia tidak kesah asalkan dia dapat menyedarkan
Amir.
Amir hanya diam,
dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Apa yang dikata Hakimi memang ada
benarnya. Amir akui, dia memang sering sakiti Adriana dalam diam. Amir
menghembus nafas yang berat, dia rasa serabut sangat. Dia datang ke sini untuk
menghilangkan segala masalah yang bersarang di kepala ni bukannya untuk
menambahkan beban yang ada. Nampaknya dia perlu tidur untuk melupakan sementara
semua perkara yang di hadapinya.
“Jomlah balik, aku
dah ngantok la” kata Amir seraya berlalu ke keretanya.
Hakimi hanya
mengikuti langkah Amir. Harapan dia cuma satu, agar Amir tidak terus sakiti
hati Adriana lagi.
*****
Marlisa Adriana
mengeluh, tidak tahu apa masalahnya dengan Amir Danish. Sudah berkali dia
menelefon lelaki itu tapi satu pun tidak di angkatnya. Ada perkara yang ingin
di sampaikan kepada Amir. Dia mengeluh, perasaannya bercampur-baur antara marah
dan sedih. Kali ini dia nekad, dia akan pergi sementara untuk tenangkan
fikirannya. Lagi pun cutinya telah di luluskan, dia tidak tahu kenapa dia
sanggup mengambil cuti selama sebulan. Nasib baiklah bos di tempat kerjanya
memberi kelonggaran kerana selama dia bekerja di situ belum pernah lagi dia
meminta cuti selama ini. Tapi cuti tanpa gaji tau ! Dia teringat kembali
pengenalan singkat dengan Muslim. Itu lah kali pertama dan kali terakhir dia
berjumpa dengan lelaki itu. Perbualan bersama Muslim tempoh hari masih melekat
di minda. Tidak di sangka Muslim pernah kehilangan orang yang dia sayang.
“Saya faham apa
yang awak rasa sekarang. Bila orang yang kita sayang tak pedulikan kita, rasa
sakit sangat. Walaupun saya tak pernah lalui semua tu tapi saya pernah buat
seperti mana kekasih awak buat sekarang” luah Muslim. Tiba-tiba dia menjadi
sebak apabila mengingati kembali arwah tunangnya Balqis. Sesungguhnya Balqis
seorang gadis yang sangat tabah.
“Maksud awak,
kekasih awak pernah lalui keadaan macam saya ni? Jadi macam mana hubungan awak
dengan dia sekarang?” Adriana bertanya lebih lanjut.
“Dia tunang saya, 3
tahun kami bercinta dan kami memutuskan untuk bertunang tapi tak lama. Saya
hanya sempat menjadi tunang dia selama 3 bulan saja lepas tu dia pergi meninggalkan
saya, buat selama-lamanya” kata Muslim
dengan nada sebak. Berat untuk dia menceritakan kembali kisahnya itu.
Adriana terkejut
dengan ayat terakhir lelaki itu. Dia kehilangan kata-kata, patutlah dia lihat
air muka Muslim berubah murung.
“Saya minta maaf,
bukan maksud saya nak buat awak sedih kembali. Awak tak perlu cerita kalau
ianya akan membuat awak lebih kecewa” kata Adriana bersungguh-sungguh.
“Tidak mengapa,
saya nak awak dengar cerita saya. Selepas pemergian Balqis, saya tak pernah
kongsi perasaan saya dengan siapa-siapa tapi dengan awak, saya rasa senang”
luah Muslim seraya tersenyum. Dia pun tidak tahu mengapa dia berasa begitu
selesa apabila bercerita dengan gadis ini walaupun dia tahu dia takkan mampu
memiliki gadis yang bernama Marlisa Adriana.
“Ceritalah, saya
akan jadi pendengar yang baik”
Muslim menarik
nafas dan menghembusnya sebelum memulakan cerita. Dia ingin mengumpul kekuatan
untuk dirinya. Dia tidak mahu air matanya mengalir di hadapan Adriana.
“Mula-mula waktu
saya nak berkenalan dengan dia, beria saya cuba ngorat dia tapi tu lah dia jual mahal sangat waktu tu. Bila
terserampak dengan saya je mesti dia nak larikan diri. Kelakar sangat masa tu”
Muslim gelak halus bila mengingati kembali kenangannya bersama Balqis.
“Tapi lama-kelamaan
saya berubah sikap. Saya sayang dia tapi saya tak pedulikan dia. Saya tak ambil
berat sangat pasal dia sehinggakan dia sakit pun saya tak tahu. Dia kata dia
cuba beritahu saya tapi keadaan selalu tak mengizinkan sampailah dia terlantar
dekat hospital. Saya tahu pun sebab kakak Balqis yang bagitahu, itu pun selepas
seminggu dia berada di hospital. Waktu tu lah saya rasa menyesal sangat sebab
tak pernah nak luangkan masa bersama dia tapi yang paling buat saya sedih
sangat bila dia cakap dia tak salahkan saya atas semua yang terjadi antara
kami, dia bahagia bersama saya. Dia terima apa yang berlaku seadanya sebab dia
sayangkan saya. Dia tahu saya sayangkan dia juga tapi tuhan lebih sayangkan
dia. Saya cuma sempat teman dia selama dua minggu je, lepas tu saya kehilangan
dia bukan untuk sementara tapi untuk selamanya. Walaupun dia cakap dia bahagia,
saya tahu dia lebih banyak menderita daripada bahagia. Saya rasa terkilan
sangat awak sebab saya tak dapat nak bahagiakan dia masa dia ada di sisi saya”
Muslim sebak, dia tidak dapat menahan air matanya dari terus gugur. Dia pernah
berjanji pada Balqis yang dia tidak akan menangisi pemergian Balqis tetapi dia
hanya manusia biasa, masih lagi ada rasa sedih dan kehilangan.
Adriana yang
mendengar turut sama mengalirkan air mata. Tidak dia sangka begitu kuatnya
semangat seorang gadis yang bernama Balqis. Adriana hanya diam, dia biarkan
Muslim melayani perasaannya sendiri. Dia tahu Muslim perlukan ketenangan tika
ini. Setelah sekian lama berdiam, Muslim melanjutkan bicaranya.
“Awak pergilah
bercuti atau ke mana sahaja, hilangkan diri awak dari dia. Kalau dia cari awak
maknanya dia betul-betul sayangkan awak. Kadang-kadang awak kena bagi ruang
pada hati awak juga, ruang kebahagiaan. Jangan penuhkan hati awak dengan
kekecewaan. Saya bukan nak menghasut awak untuk tinggalkan dia. Saya cuma nak
awak pergi tenangkan minda awak, fikirkan balik hala tuju hubungan awak dengan
dia” nasihat Muslim. Dia berharap gadis itu akan menemui kebahagiaannya suatu
hari nanti walaupun bukan bersama dia.
Suara ibu memanggil
namanya, membuat Adriana tersedar dari lamunan. Dia nekad untuk pulang ke
kampung. Bukan mahu lari daripada masalah tapi apa yang Muslim katakan ada
benarnya, dia perlukan masa dan ruang untuk dirinya sendiri. Dia akan kembali ke
sini dengan sebuah harapan.
“Akak dah siap?
Ayah dah tunggu dekat kereta tu” kata Puan Anita.
“Sudah ibu, marilah
kita turun. Karang muka ayah lain macam je kalau kita lambat. Hehe..” gelak
Adriana.
“Kamu ni, ada-ada
aje” Puan Anita turut tersenyum. Dia pelik juga apabila Adriana menyatakan
hasrat untuk tinggal di kampung buat sementara waktu tapi dia akur dengan
keputusan anaknya itu. Dia sendiri sudah masak benar dengan perangai Adriana,
pasti ada perkara yang berlaku antara Amir dan anaknya itu. Kalau tidak masakan
Adriana pergi membawa diri. Sebagai
seorang ibu, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan mereka
berdua.
*****
Semua perkara yang
dilakukan Amir Danish menjadi tidak betul. Banyak perkara yang berlegar-legar
di mindanya. Dia juga pelik kerana sudah hampir seminggu Adriana tidak
menghubunginya. Rajukkah gadis itu, dia mula berfikir. Dia pernah menghubungi
Adriana tapi sayang panggilannya di biarkan sepi, ada kala telefonnya di
matikan. Dia mula teringatkan kata-kata Hakimi waktu mereka sedang lepak di Esplanade Tanjung Api. Dia
cukup takut kalau apa yang di katakan itu menjadikan kenyataan. Dia harus
bertemu ibu bapa Adriana. Malu yang dia rasa perlu ditolak ke tepi, yang
penting dia perlu lakukan sesuatu.
“Assalamualaikum…”
kata Amir. Dia hanya berdiri di hadapan pintu pagar rumah orang tua Adriana.
“Waalaikumussalam.
Oh, Amir. Masuklah, tiba-tiba je kamu ke mari ni” kata Puan Anita. Dia sudah
mengagak pasti Amir akan datang ke rumahnya. Adriana telah berpesan supaya
tidak memberitahu Amir di mana dia berada.
Amir menyalami
tangan Puan Anita sebagai tanda hormat. Lagi pun, bakal ibu mertua dia juga
kan. Eh, yeke? Belum tentu Adriana mahu berkahwin dengan dia! Sangkal hati
Amir.
“Siapa yang datang
tu Ani?” kedengaran suara Encik Latif dari halaman rumah. Dia sedang menikmati
sarapan paginya.
“Amir bang, cari
anak kita tu kot” bisik Puan Anita.
Amir menghampiri
Encik Latif lantas menyalami orang tua itu.
“Pakcik sihat?”
Amir sekadar bertanya.
“Alhamdulillah
sihat je ni haa. Kamu tak kerja ke Mir? Awal pagi dah datang ke mari” kata
Encik Latif dengan penuh tanda tanya.
“Saya cuti hari
ini, pakcik. Saya datang ni pun sebenarnya ada hajat”
“Hajat apa yang
kamu bawa tu. Bunyi macam besar je”
“Saya berhasrat nak
sunting bunga di taman pakcik ni” tika ini Amir berasa sangat malu. Mana
tidaknya, tak ada angin, tak ada ribut tetiba je nak ajak anak orang kahwin.
“Kamu ni serius ke
Amir? Orang tua kamu dah tahu ke pasal ni?” tanya Encik Latif.
Puan Anita di
sebelah hanya jadi pendengar, dia tidak mahu masuk campur dalam urusan
sebegini. Dia tahu suaminya pasti akan buat keputusan yang terbaik untuk
anaknya tu.
“Saya serius
pakcik. Saya dah bincang dengan ibu bapa saya, mereka setuju. Kalau pakcik tak
keberatan, boleh ke keluarga saya hantar rombongan meminang minggu depan dan
saya ingat hujung bulan ni kami bertunang?” kata Amir dengan tenang. Sebenarnya
sudah lama dia telah memikirkan perkara ini, sejak perbualan dia dengan Hakimi
dulu. Kali ini dia tidak mahu bertangguh lagi.
“Pakcik tiada masalah
tapi sempat ke belah kami ni nak buat persiapan. Rasanya hujung bulan pun dah
tak lama lagi. Haa.. satu lagi, Adriana dah tahu ke pasal semua ni?” tanya
Encik Latif. Dia pasti anaknya itu tidak tahu akan hal ini.
“Dia tak tahu
pakcik, saya ingat majlis bertunang tu saya nak buat dekat kampung pakcik. Saya
tahu Adriana ada di sana, jadi keluarga saya akan datang sana nanti. Saya harap
sangat pakcik dan makcik merestui kami” Amir rasa lega bila dapat luahkan semua
rencananya. Dia menunggu jawapan daripada Encik Latif, risau juga dia kalau
Encik Latif tidak bersetuju.
“Hmm.. Pakcik ni
bukan apa, pakcik cuma nak yang terbaik buat Adriana. Kalau kamu dah kata
begitu, pakcik akan turuti. Kamu datang pun dengan cara baik, susah pakcik nak
cakap tidak. Lagi pun dah lama sangat kamu berkawan dengan Adriana. Tak manis
orang tengok kalau kamu asyik bawa dia ke hulu ke hilir tanpa ikatan. Nanti
pakcik akan bagitahu orang di sana” kata Encik Latif.
“Tapi, em.. boleh
tak kalau pakcik tak bagitahu Adriana dulu. Biarlah saya sendiri yang
meberitahunya nanti” pinta Amir.
“Ikut kamulah Mir,
pakcik turuti saja. Tahulah apa yang kami perlu cakap pada Adriana nanti.
Pakcik harap la semuanya akan berjalan dengan lancar” terang Encik Latif.
Amir lega mendengar
jawapan Encik Latif. Sempoi juga bakal bapa mertua aku ni. Kata Amir dalam
hati.
“Kalau macam tu,
saya beransur dulu la ya. Maaflah ganggu pakcik dan makcik pagi-pagi ini” Amir
lantas bangun dan menyalami tangan orang tua Adriana.
Dia pulang dengan sebuah senyuman, senyuman
yang sangat bermakna buat dirinya. Dia bersyukur kerana ibu bapa Adriana
menerima dia seadanya dan Amir berdoa agar Adriana tidak akan menolak
pertunangan itu nanti. Dia perlu membuat persiapan lebih rapi, walaupun
sebenarnya dalam diam semua barang hantaran buat Adriana dia telah membelinya
terlebih dahulu. Dia cuma inginkan majlis kecil-kecilan, apa yang penting
Adriana kembali dalam hidupnya.
bersambung……

2 comments:
dalam diam amir buat sume nye ! harap terjadi dekat si tuan bdan yang bt certa nie. hehe
Hehe . Amin , amin. thanks :)
Post a Comment